Thursday, 7 July 2011

Hikmah Disebalik Sesuatu Perkara

Sebagai seorang manusia kadang-kadang kita merasakan sesuatu perkara yang terjadi dalam hidup kita hanya satu musibah. Kita selalu merasakan sesuatu perkara itu baik untuk kita sedangkan perkara itu mendatangkan keburukan kepada kita. Kita selalu alpa untuk bersyukur kepada Allah kerana kita menganggap perkara itu tidak baik untuk kita. Kita menjadi orang yang tidak sabar dan kerap kali melawan takdir dan mempersalahkan Allah. Mengapa kita bersikap begini?? sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Itu la kita tidak pernah nak sedar bahawa Allah Maha Mengetahui.
Apabila kita menimpa musibah kita menganggap Allah tidak sayang kepada kita. Mengapa Allah menguji aku seperti ini?? perkataan ini sering kali kita katakan semasa kita menimpa musibah. Saya tidak mampu nak menghadapi dugaan ini, terlalu berat buat saya. Mengapa kita sering kali mengeluh seperti ini?? Sedangkan Allah Maha Mengetahui daya dan kekuatan hamba-NYA. Allah tidak akan memberi dugaan kepada hamba-NYA yang melebihi daya atau kekuatannya.
Mengapa kita sering kali berburuk sangka kepada Allah?? Sedangkan Allah sentiasa menjaga dan memberi kebaikan kepada hambanya. Allah menguji hamba-NYA untuk melihat sejauh mana kekuatan iman yang ada kepada hamba-NYA. 
Hari ini saya sedar bahawa saya seringkali berburuk sangka kepada Allah. Saya akui beriman sedang saya tidak pernah berbaik sangka terhadap Allah. Saya selalu menganggap Allah tidak sayang pada saya sebab itu Allah tidak putus2 memberi saya dugaan. Tapi sekarang saya sedar setiap apa yang menimpa saya ada hikmah disebaliknya. Memang sakit apabila menghadapi ujian dan dugaan Allah tetapi setiap kesukaran diikuti kesenangan.
Saya rasa saya lah hamba Allah yang sangat bertuah kerana Allah menyayangi saya sebab itu Dia beri saya ujian supaya iman yang ada di dada saya sentiasa mantap dan kuat.Saya sedar hikmah yang diberi-NYA walaupon dalam masa yang agak lama. Saya sekarang sangat gembira saya di kelilingi orang yang sentiasa menuju ke jalan Allah dan sentiasa memberi saya semangat untuk meneruskan hidup. Saya suka berkawan dengan orang yang sudah berumur yang berpendidikan kerana diaorg memahami dan open minded. Terima kasih Allah kerana temukan saya  dengan puan. Terima kasih puan. Ini lah hikmah yang besar saya rasakan. YA ZAL JALALI WALIKRAM..

No comments:

Post a Comment